Saturday, December 26, 2009

Aku dah buat keputusan. Cuma tunggu masa sahaja untuk bertindak. Pelan akan dimulakan sebaik sahaja peluang dibuka tahun hadapan. 


Pilihan terbaik setakat ini adalah UKM dan UM. Mungkin akan ada pilihan lain menyusul.

Tuesday, December 22, 2009

Wah, balik-balik je penuh tangan ngan beg-beg. Shopping sakan, hahahahahah!!! PUASsss!

Tak padan demam sey...
*Lagu klasik P. Ramlee berkumandang ketika aku menaip entri ini, tak tau tajuk ape lagu tuh... *


Aku amik MC leave hari ini. Weh, aku memang demam lorrr...tak tipu punye. -_-


Dan disebabkan aku cuti hari ini, dan sememang ye aku mempunyai banyak masa terluang untuk berehat tapi dalam kepale otak aku nih,banyak benda yang aku rasa nak buat. Atau lebih tepat sekali, banyak benda yang aku kena buat sebenarnya. Tapi masih dalam denial. Biasalah tuh kan.


Sebagai contoh; aku kene isi borang TPM UiTM. Haih, bab2 isi borang ni laaa yang aku paling lemah. Dateline dah dekat, aku plak terhegeh-hegeh, garu-garu kepala. Tau2 je la, itu ini nak kene fill up. Pusing O_o


In fact, dalam keadaan yang tak bape nak sihat, otak tak bape nak berfungsi laa. TAPI! Akan aku cuba cekalkan diri untuk mengisi borang tersebut. Kang kene sembur plak ngan mak kalau tak sempat nak hand in nanti.


Selain itu, memandangkan koleksi baju-baju aku ni yang kebanyakannya terdiri daripada baju2 kurung, hendaklah aku juga patut memiliki baju2 dan seluar2 yang agak korporat sket. Kerja aku sekarang ni pun memerlukan aku untuk nampak lebih sofistikated. Hmmm...jadi aku rase pergi shopping sket ari ni pon ok kan. Walaupun muka pucat, jalan terhuyung-hayang. Demam kate...


Dan adela benda2 lain kat umah ni tak settle2 seperti mengemas bilikku yang tak ubah seperti stor. Normal, normal. Heh.


Tengokla, aku larat aku buat. Hee...

Tuesday, December 08, 2009

Hari ini...


Tetap maintain hari yang membosankan.OK.


B.O.S.A.N


(@_@)


Dengan tak bape nak ade kerja sangat, kesangapan semakin meningkat tatkala mengadap pc. Pc tuh la yg menemani aku yang sangap.


Hari ini juga, dengan rase pelik ye, masa berlalu begitu cepat. Tahu2 je dah time nak chiow. Hmmm...pelik. Mungkin dalam takde bende nak buat tuh, aku banyak berpikir tentang masa depan yang tak menentu ni, huuu...~


And I am so sure, so certain that tomorrow would be as boring as today. Would it?

Monday, December 07, 2009

Alhamdulillah, terlaksana jugak aku buat micro-teaching sound presentation tuh pagi tadi.


Hmmm...


Walaupun aku cume presented depan seorang je trainer, selaku pengadil aku tapi huih...tetap nervous berpeluh-peluh i cakap u...


Aku ni pelik sket. Aku lebih suke present depan ramai orang tapi bukan depan seorang dua. Terbalikkan? Agak kelam kabut jugakla tadi. Ade gak ter-stumble upon words terutama sekali bile nak sound blending letters. Tersenyum-senyum trainer tu melihat gelagat aku buat pembentangan tu. Agak risau jugak sebab aku belum boleh dapat tahu keputusan presentation. Bertambah hairan jugak, trainer tuh tak tegur ape-ape pon lepas aku present. Cume die kate aku patut improve lagi. Final say hanya boleh dapat after die discuss dengan Head Unit. Hmmm...


Oh well, bende dah lepas. Tapi kalau diberi peluang buat sekali lagi, aku nak je. Yang untung, aku.


Lepas balik kerja tadi, plan nak gi UIA. Saje je nak lepak, minum2 kopi. Pastu nak gi library, menelaah ape2 yang patut.Tapi on the way driving towards KL Sentral nak anta colleague aku, jam melampau la pulak kat Jalan Duta. Alamat ye, sampai umah pon dah kul 7pm lebih.


Esok je la aku ke sane.


Memang takde ape yang menarik pon hari ni. Hanya sekadar menabur kata-kata.

Sunday, December 06, 2009

Ya, mak aku tak tau pon aku ade 1 sem lagi kat UIA ni. Kalau ikutkan, sem lepas sem last aku. Tapi memandangkan aku rase berat sangat nak amik 4 subjek sekaligus, jadi aku dropped 1. Dan salah satu sebab aku dropped pon sebab aku nak kerja. Perasaan nak kerja tuh membuak-buak walaupun aku ade gak buat kerja sambilan mengajar tuition. Tapi wang poket salu tak cukup, huuuu~


Bukan aku taknak bagitau mama, takut banyakla pulak soalan-soalan yang aku dah agak, mesti jenuh aku nak jawab. Jadi ye skang ni, die ingat aku dah abih study, huhu -_-


Untuk 1 subject tuh, aku pilih kelas hari Ahad. So setiap Ahad, aku akan cakap aku ade kelas mengajar (tuition). Walaupun die tau, kelas mengajar aku tuh selalu ye hari Sabtu. Aku tau mama pon heran nape time Ahad je, aku bangun awal, siap-siap nak gi somewhere. Sebab die sememang ye tau aku nih kaki tido.


Tapi lepas balik dari UIA tadi, tetibe je aku rase nak bagitau dia. Aku cakap aku ade amik extra class kat UIA. So takdela die ingat aku repeat tak pon fail subject. Pastu, surprisingly mama cakap die bangga aku ni sentiasa nak merajinkan diri, amik kelas tambahan. Hmmm...


Tenkiu mama! hehehehehehehehe...


Walaupun ramai member-member kamcing dah blah dulu, aku takdela rase susah sangat nak gi kelas sorang2. Memang agak bosan tapi aku ade pilihan ke? -_-


Mungkin ade, iaitu buat thesis / case study. Asal ye nak gak buat, so aku tak payah susah2 nak amik subjek elektif nih pastuh bayar yuran lebih. Tapi aku takde keyakinan nak buat, terutama sekali, tajuk berkaitan dengan Islamic Banking. Huish...not my forte laa baby, tsk~


Kalau ade rezeki lebih tahun depan, aku ingat nak buatla lanjutan pengajian dalam linguistics, literature atau performing arts atau education. Mungkin applied linguistics atau drama & teater atau postcolonial literature in English. Ataupun ape2 je berkaitan ngan education. Berbekalkan ape yang aku dah belajar sepanjang aku amik MBA ni, aku rase it will definitely come in handy. Sebab aku ade plan nak buat thesis/case study sebelum amik Phd. Kita tengokla macam mane keadaan nanti. Harap-harap menjadi. InsyaAllah.

Saturday, December 05, 2009

Di tempat kerja:


Semalam hujan pagi lagi. Terkocoh-kocoh pergi kerja, meredah hujan. Perasaan gloomy je, rase nak tido tuh melampau-lampau. Nasib masuk pukul 9am, ade gak time aku nak sarap pagi tu. 

Kebetulan aku bersarapan la ngan sorang kakak finance ni, senior kat tempat kerja aku. Macam-macamlah yang kitaorang borakkan. Pasal orang tu la,orang ni la. Bab kenape aku mintak kerja kat situ, bab kenape aku ambik MBA dan bukan linguistics.Dan termasuklah, bab aku dah kahwin ke blum pon diperbincangkan di saat aku tengah menikmati nasi lemak ngan teh tarik hawt.


Tersedak aku sesaat dua.


"Ko dah kahwin?"


"Blum la kak, takde rezeki lagi."


"Takdela, jarang dengar malay staffs kat sini still single. Semua pon dah kahwin."


"Ooohhh..."


Tepat pukul 9am, aku dah terpacak depan pc. Hadoi...another day of boredom. Jadi ye, aku buat laa kerja yang boleh buat aku betul-betul nampak busy. Walaupun hakikatnya, aku nih bukan ade kerja sangat pon. Oleh itu, aku mulalah membaca jurnal-jurnal tentang pendidikan awal kanak-kanak.


Tak mainla ym2 kaaaannn...


Lepas lunch, mengadap pc lagi. Haih...dah tak larat pon nak sound ape2 dalam hati. Jadi aku teruskan lagi mencari jurnal2 yang bermanfaat di kala mengantuk yang melampau itu.


Masuk petang sket, almost 5pm...aku dah takleh nak focus. Dalam pale hotak, hanya nak balik dan tido.


Tiba-tiba...


"Eh Azee, bos nak gi outstation la next week. Nampak gayanya, ko takleh la nak buat presentation tuh."


"Hah...ye ke kak?"


"Dengar-dengar macam tu."


"Abih tuh, bile lagi nak buat? Saya cume ade next week je. Training dah nak start dah."


*perbualan di atas adalah dalam bentuk whisper yang mencurigakan*


Terkilan. Mase tuh aku rase terus rase demotivated. Semangat nak maju terus hilang. Marah. Sedih. Bercampur baur.


Kate nak mintak aku terus belajar and contribute cepat. Dah kalau presentation pon asik tangguh...haih.


Aku ke tandas menenangkan perasaan.


Kuar je toilet, tiba-tiba aku dapat berita dari orang atasan aku mengatakan yang aku akan buat presentation next monday. Confirm.


Eh...tapi tadi...


Rupanya, akan ade orang lain jadi judge aku untuk hari itu nanti.


Huih la haih! Happy!!! Yesssss!!!


Alhamdullillah...harap-harapla aku dapat melaksanakan tanggungjawab tuh. After all, aku memang nak maju ke hadapan. Pray for me peeps!

Thursday, November 19, 2009

Dah nak masuk bulan ketiga aku menapak kat situ, macam2 kerenah aku take note. 

Situasi yang paling normal adalah 'mengipas'. Terpakse tutup sebelah mata je pun.

Nak gak pekik "Eeeee...pleaz ahh jgn hipokrit...plissss ahh,plisss ahhh...". *kipas diri sendiri...hawt kate*

Tapi nak peduli ape la kan, bukan 'mengipas' itu salah satu surviving skills? Hmmm...terpakse jugak aku renung2kan, heh...

Thursday, November 05, 2009

So I'm supposed to conduct a micro-teaching session with the rest of the trainers at the workplace. Next week. I'm dreading the fact that I probably won't do it right. And if my performance does not fit the bill, then I would have to undergo 2-day training again, which means weekends are sacrificed =(

I'm praying things will go alright. Gotta gear up for it!


-----------------------------------------------------------------------------------

Things have been good in the office. Despite the negativity, I just mind my own business.  I think it's safer that way, just do your job and kriiiinnngggg...time to go home already. So yea, other than that, I get myself thrown into a bowling tournament next week and any sports conducted by management for that matter.

-----------------------------------------------------------------------------------
I should be sleeping by now but a lot of things going on in my mind. And I'm worried...

Friday, October 30, 2009

Aku tak tau la nak rase ape sebenar ye skang ni...keliru?mungkin...sakit hati? mungkin jugak...

Tapi one thing for sure, kenape mesti timbulnya soal double standard? Agak tak puas ati jugakla aku kat opis tadi. Takdela sampai nak marah-marah pun. Cuma tu laaa...walaupun bende yang terjadi tuh bende kecik je tapi cukupla nak buat aku tersinggung =(

Thursday, October 22, 2009

Tinggal beberapa jam lagi, aku akan menghadapi peperiksaan yang agak mengerikan. Islamic Financial System and Environment. Dan aku tak abih ulangkaji lagi =(

Friday, October 02, 2009

Oh man...big presentation tomorrow. On Islamic Options Contract. Derivatives. Blur still.


Ahhhh tidaaaakkk...this is way too stressful!

Sunday, September 06, 2009

Oh dude...tomorrow dah Monday, haiyaaa...cepat yer. It feels like just yesterday je I was happy it was Friday =(

I WANT A FREAKING HOLIDAY.

___________________________________________________________

Had my Mid-term earlier this evening. I thought I dozed off for a few minutes while writing on the paper, huhu @_@ In fact, I didn't go through my answers, main anta je, tsk,tsk,tsk...Just hope I pass.




Saturday, September 05, 2009

Update terbaru.

Rezeki dalam bulan yang mulia ini, aku diterima bekerja di Smart Reader Kids Worldwide at Hartamas. Alhamdulillah...in the midst of finding a stable main source of income during this troubling times and apart from conducting a small private tuition with young kids (it's been a year, wuuu...), I'm honoured to be part of the team. Since last Friday, the day has marked my 4th day at work. I should say I'm very please of myself.

My previous two jobs persuaded me to only work for less than a week. Mungkin takde rezeki kat situ. And I did gave my best shot.

Indeed, to work and study at the same time is undeniably exhausting. Nonetheless, this semester I have less subjects *dropped one which means I have another semester to go, sobs...*. Yang best ye, classes are scheduled only on Sundays during this Ramadhan. And that we are actually close to Final Exams, huhu~ I'm not sure I would enjoy Eid giler2. In fact, presentations dan reports will due after Eid too. Haiyo0O...~

Speaking of Eid and because I've only started on the job early this month, I don't take any extra leave. Saje nak maintain full attendance, hehe...Although I do miss kampung but I'm sure my family and I will schedule the visits during the weekend.

___________________________________________________________

Esok aku ader Mid-Term Fiqh Muamalah. And macam biase, study mesti mau last minute. Kalau exam kene tunda tahun depan pon, aku akan tetap study last minute. So yea, harap aku dapat jawab esok dengan ok yer, amin...

___________________________________________________________

Hari ni aku dapat tau dari Jidah, takde air kat mahallah Safiyyah. Again...? Dugaan...So she told me she had to go to mine; mahallah Ruqayyah. Harap tak affect mane2 hostel lain. Terpikir jugak nak bermalam kat UIA tonight tapi memandangkan keadaan tuh, rase lebih baik dok umah dulu. Mungkin esok malam.







Saturday, March 07, 2009

bebelan pagi sabtu

Macam tak percaya pula hari ini aku ada kelas. Hari Sabtu. Hari malasku. Kelas bermula pukul 3 sampai 6.30 petang. Time mengantuk. Buat semester baru ini, kelas akan diadakan pada hari Sabtu, Ahad, Selasa dan Rabu. Jadual kelas agak berterabur, tapi aku akan hadapi jua dengan tabah tanpa rasa nak merungut dan/atau mencaci sesiapa kerana aku berazam untuk graduate awal.

-------------------------------------------------------------

Sejak mama mengamanahkan sebuah kereta Persona kepada aku yang tak bape nak berhemah dalam pemanduan, aku cukup gembira. Aku berjaya menyakinkan beliau bahawasanya aku boleh memandu dengan penuh berhemah walaupun aku masih hopeless dan pathetic dalam mengingati arah tujuku apabila diatas jalan raya.

* Sampai sekarang, aku masih confuse on the route to kedai dobi dekat wangsa maju. Minta pertolongan Jidah lagi.

Monday, March 02, 2009

This is ridiculous. Stop making those phone calls ok azie. Hmmm.

Tuesday, February 17, 2009

Yeayyy!!! Holidays are here again!!!